PENGENALAN

Mukim XVII Chaah Bahru merupakan sebuah mukim yang terletak dalam daerah Batu Pahat di negeri Johor. Daerah Batu Pahat dibahagikan kepada 14 mukim. Mukim XVII Chaah Bahru ini terletak di bawah Parlimen Ayer Hitam dalam Dun Yong Peng.


Di bawah pentadbiran mukim XVII Chaah Bahru pula dibahagikan kepada 6 kawasan pentadbiran kampung induk yang ditadbir oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diketuai setiapnya oleh seorang Pengerusi MPKK atau dikenali sebagai Ketua Kampung. 




MPKK tersebut adalah : -
1. MPKK Kampung Paya
2. MPKK Kampung Melayu
3. MPKK Kampung Sri Temehil
4. MPKK Kangkar Baru
5. MPKK Kampung Sri Sepakat
6. MPKK Kampung Haji Kamisan


Kedudukan geografi Mukim XVII Chaah Bahru ialah ia terletak di tengah-tengah laluan jalan raya utama dari Muar, Ayer Hitam dan juga menjadi pintu masuk ke daerah Batu Pahat dari Segamat. Kedudukannya juga menjadi laluan keluar masuk pengguna jalanraya daripada Lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Yong Peng (S) dan Tol Yong Peng (U). 

Kebanyakan kegunaan tanah mukim ini adalah untuk pertanian seperti tanaman sawit, getah dan dusun. Hanya 25% tempat sahaja yang digunakan untuk kegunaan penempatan perumahan seperti kampung, taman, kuarters kerajaan dan rumah ladang. Manakala 10% merupakan bangunan kerajaan, perindustrian dan lot-lot kedai.

Di dalam Mukim XVII Chaah Baru juga mempunyai kawasan takungan air iaitu di Empangan Bekok. Keluasan kawasan takungan ini seluas 326km². Empangan ini merupakan sumber bekalan air bersih kepada penduduk di daerah Batu Pahat dan daerah berhampiran.

Penduduk di Mukim XVII Chaah Bahru terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan seperti melayu, cina dan india. Kebanyakkannya adalah pendatang dari luar yang meneroka tanah kerajaan untuk dijadikan perkampungan mahupun pertanian. Sebahagiannya yang membeli rumah-rumah taman di kawasan Pekan Yong Peng. Kebanyakkan penduduk berkerja dalam sektor perniagaan, pertanian, dan perindustrian sama ada di dalam mukim mahupun di luar mukim.

|| MUKA UTAMA ||

0 comments:

Post a Comment